Cart 0

Cara Mengendalikan Bungkusan Anak Pokok

Kali ini DIN akan kongsi cara kendalikan bungkusan anak pokok sebaik sahaja diterima dari courier.

Anak pokok yang dihantar adalah bare root (tanpa tanah). Jadinya perlu berhati-hati ketika mengendalikannya terutamanya pada akar dan cantuman hybrid (sekiranya anda membeli anak pokok hybrid).

DIN akan mengikat anak pokok menggunakan tali kabel. Jadinya, perlu berhati-hati ketika memotong tali kabel. Pastikan gunting atau pisau anda tajam. Alihkan anak pokok, tanggalkan plastic dan kapas pada akar, dan seterusnya masukan ke dalam polybeg. Di dalam polybeg itu, terlebih dahulu dimasukkan  tanah suku tinggi polybeg dan diratakan. Penuhkan polybeg dengan tanah dan ratakan sekeliling dengan kemas. 

Sekiranya anak pokok yang dibeli agak tinggi, seperti anak pokok harumanis dalam gambar DIN ni, sokong anak pokok dengan kayu pancang. Supaya akar ada sokongan untuk "mesra" dengan tanah baru. Jangan lupa untuk siram dan letakkan di tempat yang teduh. 

Bagi DIN, penting juga untuk letak anak pokok di tempat yang teduh sehingga anak pokok stabil. Sekiranya diletakkan di tempat yang terik dan terus dengan cahaya matahari, cepat tersejat pula air yang kita siram. Berebut pulak akar untuk dapatkan air. Selepas beberapa hari kemudian, bila sudah ada pucuk baru, daun-daun sudah segar bugar barulah dialihkan polybeg tu.


Senangkan. Selamat berkebun dari kami team #dinkebun.



Older post